Skip to main content

SEPINTAS LALU
Pengenalan Pejabat Pengurusan Akademik (PPA)

Pejabat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang bersidang pada 29 November 2002. 

Pejabat ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh 5 orang ketua unit yang bertanggungjawab dalam menguruskan 6 aktiviti utama iaitu :

  • Kemasukan dan Pengambilan Pelajar Prasiswazah
  • Peperiksaan dan Pengijazahan Pelajar Prasiswazah
  • Penjadualan Kuliah Pelajar Prasiswazah
  • Pengurusan Graduan untuk Konvokesyen
  • Pengurusan Senat dan Jawatankuasa Tetap Senat
  • Pengurusan Data Akademik Universiti

Pejabat Pengurusan Akademik terletak di aras bawah, Blok F2 (Dewan Peperiksaan).

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan keputusan peperiksaan akhir diumumkan kepada pelajar melalui SMAP dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Peperiksaan diadakan
  • Memastikan jumlah graduan yang menuntut sijil dan transkrip akademik sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah graduan mengikut tahun konvokesyen
  • Memastikan Mesyuarat Senat diadakan sekurang-kurangnya sembilan (9) kali dalam satu sesi akademik
  • Memastikan kemasukan pelajar bagi progarm Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah unjuran semasa
  • Memastikan jadual waktu perkuliahan dihebahkan kepada pelajar tujuh (7) hari sebelum Pendaftaran Kursus setiap semester