Skip to main content

NOTIS PENGECUALIAN PTPTN

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN PTPTN
PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK

KAEDAH PENGESAHAN SALINAN SIJIL AKADEMIK DAN TRANSKRIP AKADEMIK BAGI TUJUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Perhatian kepada semua graduan yang ingin membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pihak Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) hanya akan membuat pengesahan kepada dokumen secara hardcopy sahaja seperti senarai di bawah:

 Bil.  Jenis Dokumen  Kuantiti Yang Akan disahkan
 1  Sijil Akademik (Skrol)  1 salinan sahaja
 2  Transkrip Akademik  1 salinan sahaja
 3  

Surat Pengesahan Penganugerahan
*Sila klik disini

 1 salinan sahaja

Bagi tujuan pengeposan semula dokumen yang telah disahkan, graduan dikehendaki menyertakan bersama :

  1. Sampul surat bersaiz A4 yang bersetem dan lengkap beralamat sendiri;

                                                         Atau

  1. Sampul prabayar Poslaju atau Pos Ekspress yang lengkap beralamat sendiri.

Dokumen berserta sampul surat atau sampul prabayar hendaklah diposkan ke alamat berikut :

Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
U.p. : Unit Peperiksaan, Pengijazahan dan Rekod Pelajar

Untuk makluman, tarikh tamat pengajian bagi graduan UTHM adalah merujuk kepada tarikh Senat yang tercatat pada Sijil Akademik, Transkrip Akademik atau Surat Pengesahan Penganugerahan.

Pejabat Pengurusan Akademik
25 Februari 2025