Skip to main content

Permohonan Sijil Akademik (Gantian)

Panduan Permohonan Sijil Akademik (Gantian)

Dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Laporan kehilangan Sijil Akademik di mana-mana balai polis yang berhampiran.
  2. Surat Akuan Bersumpah dari mana-mana Pejabat Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Surat rasmi menyatakan permohonan penggantian Sijil Akademik dan sebab-sebab kehilangan serta menyatakan alamat yang lengkap untuk dokumen tersebut dihantar melalui pos.
  4. Borang Permohonan Sijil Akademik (Gantian). [SILA KLIK DI SINI]
  5. Resit pembayaran.

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

    1. Kadar bayaran kehilangan Sijil Akademik adalah RM 200.00.
    2. Kadar bayaran pos adalah sebanyak RM 12.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 18.00 untuk Sabah & Sarawak.

Kaedah pembayaran adalah melalui laman sesawang https://epayment.uthm.edu.my/ . Sila hubungi pihak Pejabat Bendahari UTHM di talian 07-4537054 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan proses pembayaran.

Sila hantar dokumen asal pada perkara 1,2,3,4 dan 5 (resit bayaran sebagai bukti bayaran telah dilakukan) kepada alamat seperti di bawah:

     Pejabat Pengurusan Akademik
     Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
     86400 Parit Raja
     Batu Pahat, Johor
     u.p.: En. Norazmi bin Ibrahim

Pihak PPA hanya akan memproses permohonan setelah menerima 5 dokumen asal seperti dinyatakan di atas dan pengesahan pembayaran daripada Pejabat Bendahari UTHM.  Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi En. Norazmi di talian 07-4537694 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Terima kasih.