Pengarah
Pejabat Pengurusan Akademik
Pejabat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang bersidang pada 29 November 2002.
Pejabat ini diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh 5 ketua unit yang bertanggungjawab dalam menguruskan 5 aktiviti utama iaitu :
Pejabat Pengurusan Akademik terletak di Blok F2 (Aras Bawah) bersebelahan dengan Dewan Peperiksaan.
Keputusan Peperiksaan diumumkan selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian
Mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir tiga (3) minggu sebelum peperiksaan akhir
Mengeluarkan surat pengesahan pelajar selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan
Memaparkan jadual waktu akademik semester baru tiga (3) hari sebelum pendaftaran kursus
Memastikan jemputan konvokesyen kepada graduan dikeluarkan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen
Memperkasa amalan terbaik dalam pengurusan akademik berlandaskan tanda aras yang standard melalui sumber manusia yang berdaya saing dan aplikasi ICT yang terkini dalam pentadbiran yang memenuhi kehendak pelanggan.
Merealisasikan aspirasi Universiti melalui pengurusan akademik yang cemerlang dan berkualiti.
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat Johor
Tel: +607-4537696
Faks: +607-4536085
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.