Skip to main content

Dr. Aminah binti Abdul Rahman

Pengarah
Pejabat Pengurusan Akademik

 

SEPINTAS LALU

Pejabat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang bersidang pada 29 November 2002. 

Pejabat ini diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh 5 ketua unit yang bertanggungjawab dalam menguruskan  5 aktiviti utama iaitu :

  • Aktiviti pemasaran program pra-siswazah
  • Aktiviti kemasukan dan pengambilan pelajar
  • Aktiviti peperiksaan dan pengijazahan pelajar
  • Aktiviti penjadualan kuliah pelajar
  • Aktiviti penganugerahan

Pejabat Pengurusan Akademik terletak di Blok F2 (Aras Bawah) bersebelahan dengan Dewan Peperiksaan.

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan keputusan peperiksaan akhir diumumkan kepada pelajar melalui SMAP dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Peperiksaan diadakan
  • Memastikan jumlah graduan yang menuntut sijil dan transkrip akademik sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah graduan mengikut tahun konvokesyen
  • Memastikan Mesyuarat Senat diadakan sekurang-kurangnya sembilan (9) kali dalam satu sesi akademik
  • Memastikan kemasukan pelajar bagi progarm Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah unjuran semasa
  • Memastikan jadual waktu perkuliahan dihebahkan kepada pelajar tujuh (7) hari sebelum Pendaftaran Kursus setiap semester