Pengenalan

Cetak
PDF

Pejabat Pengurusan Akademik (PPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif,Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang bersidang pada 29 November 2002.

Pejabat ini diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan dan dibantu oleh 7 ketua unit yang membantu dalam 5 aktiviti utama iaitu :

  • Aktiviti pemasaran program pra-siswazah
  • Aktiviti kemasukan dan pengambilan pelajar
  • Aktiviti peperiksaan dan pengijazahan pelajar
  • Aktiviti penjadualan kuliah pelajar
  • Aktiviti penganugerahan.

Pejabat Pengurusan Akademik terletak di Blok F2 (Aras Bawah) bersebelahan dengan Dewan Peperiksaan.